Favicon Untuk Blogspot

Apa itu favicon? Favicon adalah mini logo atau lambang kecil untuk web yang terletak di sebelah alamat sesebuah web. Favicon penting kerana ia adalah salah satu bentuk penjenamaan sesebuah web. Ini akan membuatkan web itu lebih dikenali, mudah diingati dan nampak lebih profesional.Contoh adalah seperti di bawah:-

Photobucket

Anda ingin aplikasikan ke blog anda? Ikuti langkah-langkah berikut:-
  • Jika anda ingin menggunakan favicon sedia ada, anda boleh mencarinya di mana-mana enjin carian seperti Yahoo, Google atau sebagainya. Tetapi saya sarankan anda menggunakan sendiri imej yang anda reka seperti gambar anda atau sebagainya seperti yang anda boleh lihat sendiri dengan blog saya. Saya menggunakan imej rekaan saya sendiri(gila perasan blogger-emoticon.blogspot.com). Jika anda ingin menggunakan imej atau gambar sendiri, pastikan imej tersebut adalah .gif atau .png sahaja.
  • Setelah anda memilih imej kesukaan anda, pergi ke mana-mana web yang menyediakan favicon generator. Saya menggunakan Free Favicon. Ada dua jenis favicon. Static Favicon dan Animated Favicon. 'Upload' imej menggunakan generator tersebut.
  • Photobucket
    Untuk tab 'scrolling text'(ditandakan merah), ia adalah untuk perkataan seperti slogan atau nama blog anda. Ia akan digunakan untuk 'animated favicon'.
  • Setelah selesai 'upload', akan tersedia 'preview'. 'Download' favicon tersebut dan file yang tersedia adalah bentuk 'zip file'.
  • Buka 'zip file' tersebut dan 'extract' favicon yang anda ingin gunakan ke mana-mana folder seperti 'desktop' sebagaimana gambar di bawah:-

Photobucket

  • Langkah seterusnya, anda perlu 'upload' favicon yang telah anda 'extract' tadi menggunakan 'image hosting'. Saya menggunakan Photobucket. Setelah di'upload', tersedia kod URL untuk imej tersebut. Saya beri contoh kod URL untuk favicon saya :-
    http://i80.photobucket.com/albums/j169/airiel_kayz/animated_favicon.gif
</head>
  • Betul-betul di atas tag tersebut, masukkan kod di bawah:-
<link href='IMAGE URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='IMAGE URL' rel='icon' type='image/gif'/>

*NOTA* Untuk kedua-dua IMAGE URL, gantikan dengan kod URL favicon yang anda dapat daripada 'image hosting' tadi. Dan gif perlu diganti dengan png jika imej favicon anda adalah dalam format .png. Jika format imej favicon anda adalah gif, biarkan saja. Jangan diubah apa-apa.
  • Akhir sekali, klik 'save'. Dan anda sudah boleh lihat favicon untuk blog anda. Selamat mencuba!!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts