Simpan Sebelum Ubah!!!

Ini tips dan peringatan paling penting yang saya selalu ambil berat. Jika anda sudah mempunyai 'template' sendiri untuk blog anda dan anda ingin melakukan modifikasi pada blog anda, pastikan anda membuat 'backup' untuk blog anda terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan 'template' dan segala 'widget'yang ada di dalam blog anda mungkin "rosak" dengan modifikasi yang akan anda buat. Atau anda ingin 'upload' semula 'template' tersebut di masa akan datang.

Caranya mudah:-
  • Pergi ke Blogger Dashboard >> Layout >> Edit Html. Di sini anda akan dapat lihat "Download Full Template" seperti gambar di bawah:-
  • Klik pada "Download Full Template"dan akan terus pergi ke halaman seperti di bawah:-
File tersebut akan terus disimpan di komputer anda. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda telah "merosakkan" blog anda.

*NOTA* Sekiranya anda ingin mencuba teknik yang ada di dalam blog saya ini, saya sarankan anda melakukan kaedah ini terlebih dahulu. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya blog anda mengalami masalah setelah mengikuti yang apa terkandung di dalam blog saya ini.

Comments

Popular Posts