Mengaktifkan Elemen "Add A Gadget"
Setiap template biasanya mempunyai link untuk menambah gadjet contohnya di 'sidebar', 'header' 'main post', 'footer' dan sebagainya. Bagaimana dengan template yang tidak mempunyai link untuk menambah gadjet di ruangan "Page Elements"? Saya akan terangkan kaedah untuk mengaktifkan link untuk menambah gadjet pada template.
Terlalu mudah. Kebiasaannya, di dalam HTML template, widget akan terletak pada ruang kod seperti di bawah:-
<b:section id='section_id' preferred='yes'>
widget 1
widget 2
widget 3
</b:section>
Saya akan memberikan contoh untuk mengaktifkan link pada ruangan "Header".
Pergi ke Dashboard >> Layout >> Edit HTML dan anda cari tag seperti di bawah:-
<div id="header">
......
ISI KANDUNGAN "HEADER"
.........
</div>
Untuk mengaktifkan link "Add A Gadjet", masukkan kod di bawah selepas tag <div id="header">:-
<b:section id='section_id' preferred='yes'>
</b:section>
Kemudian klik 'save'. Sekarang anda sudah ada link "Add A Gadget" pada ruangan 'header'. Pergi ke Layout >> Page Elements dan anda akan dapat lihat link tersebut di bawah ruangan 'header'.
Lakukan kaedah yang sama pada ruangan 'footer', 'main post', 'sidebar' dan sebagainya jika anda suka.
**NOTA** preferred='yes' bermaksud anda menetapkan value untuk mengaktifkan link "Add A Gadget". Tukar kepada 'no' jika anda menghilangkan link tersebut.
------------------------------------------------------------------------
Comments
Post a Comment