Meta Tag Untuk SEO

 Apa itu Meta Tag? Meta Tag adalah tag atau kata kunci yang mana menerangkan tentang blog atau site anda dan "memberitahu" enjin carian seperti Yahoo, Google, MSN dan sebagainya tentang site anda. Menambah Meta Tag untuk site/blog anda adalah salah satu faktor penting untuk SEO (Search Engine Optimisation) yang lebih baik. Meta Tag akan membolehkan enjin carian mengindeks site/blog anda dengan lebih tepat. Ringkasnya, Meta Tag menghubungkan site/blog anda kepada enjin carian dengan lebih betul dan tepat.

Bagaimana untuk menambahkan Meta Tag ke dalam blog anda?

Pergi ke Dashboard >> Layout >> Edit HTML  dan cari tag seperti di bawah:-
<b:include data='blog' name='all-head-content'/> (kebiasaannya selepas <head>)
dan masukkan kod di bawah SELEPAS tag di atas.
<meta content='TENTANG BLOG ANDA' name='description'/>
<meta content='KATA KUNCI BLOG ANDA' name='keywords'/>
<meta content='NAMA PENULIS BLOG' name='author'/>
dan kemudian anda klik "save template".

**NOTA** Gantikan perkataan berwarna BIRU dengan perkataan anda sendiri.

PENTING
JANGAN masukkan di ruangan 'description' dengan keywords(kata kunci). Google dan enjin carian yang lain akan "BAN" site/blog anda daripada senarai enjin carian jika anda lakukan demikian. Juga, JANGAN ulang kata kunci yang sama lebih daripada 3 kali.

Comments

Popular Posts