Tips Menukar Template
Akhirnya, siap juga edit dan ganti baru template untuk blog ini. Saya menggunakan template Dark Folioz. Di bawah ini 'screenshot' asal template Dark Folioz. Dan saya telah mengubahnya menjadi kepada apa yang ada sekarang. 'Background images', 'fonts', 'sidebar', 'footer' dan sebagainya, semuanya telah saya ubah menjadikannya hampir 80% telah dimodifikasi.
InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan 'publish' template saya sendiri yang saya modifikasi daripada template Minima.
Ok, balik pada topik. Tarikan pertama blog adalah template. Kerana ianya boleh dikira "first impression" untuk pelawat terus membaca blog dan datang lagi di akan datang. Jadi, saya akan bagi tips untuk menukar template bagi menjimatkan masa dan memberi panduan. Mungkin dapat membantu mereka yang selalu keliru jenis template yang nak digunakan. Ingat. Ini hanya tips menukar template. Bukan MENGEDIT template.
1. TENTUKAN MASA 'FREE' ANDA UNTUK MENCARI DAN MENGEDIT TEMPLATE BARU
Pastikan anda memilih waktu yang 'free' untuk 'search' dan edit template baru anda. Ini akan lebih memudahkan anda kerana tidak membuatkan anda terburu-buru dan anda tahu pilihan yang terbaik untk blog anda. Bagi yang dah biasa tukar template, mungkin tip pertama ini tidak menjadi masalah kerana boleh menyiapkan template baru dalam masa yang singkat. (Saya mengambil masa hampir 10 jam untuk mengubah template asal Dark Folioz menjadi apa yang anda lihat sekarang. Memang meletihkan tetapi memuaskan hati) Seeloknya, siapkan terus template baru anda dalam sekali sahaja proses modifikasi. Jangan tertunda sehingga berhari-hari. Ini akan membuatkan pelawat blog anda merasa "tidak selesa" dengan perkembangan blog anda.
2. TENTUKAN JENIS TEMPLATE YANG ANDA SUKA
Bagi saya, saya suka template yang mempunyai 3 kolum. Sumber utama saya untuk mencari template adalah di:
AllBlogTools,
BTemplates,
BloggerStyles,
WordPressToBlogger dan
ThemeCraft.
Jadi saya akan terus mencari template di bawah kategori "3 Columns". Ini dapat menjimatkan masa dalam memilih template. Terpulang kepada anda jenis yang anda minat.
3. CARI YANG PALING SESUAI DENGAN BLOG ANDA
Fikirkan template yang bersesuaian dengan isi blog anda atau template yang anda rasa boleh menampung isi blog anda. Contohnya, blog anda tentang masakan tetapi anda pilih template 'banner' atau 'header' yang bergambar kepala kereta api, tentu tidak sesuai kan? Walau bagaimana pun, ia masih tetap boleh ditukar.
4. UTAMAKAN LAYOUT TEMPLATE
Seeloknya, pentingkan layout untuk template daripada warna dan latarbelakang template semasa memilih template. Warna atau latarbelakang boleh ditukar di dalam CSS ataupun entiti HTML. Posisi 'main-post', 'sidebar', '3 columns footer' dan sebagainya itu adalah Layout. Lebih mudah mengedit warna dan 'background' template daripada mengedit layout template.
5. DOWNLOAD BANYAK TEMPLATE
Adakalanya anda telah memilih satu template yang anda rasa sempurna untuk blog anda tetapi setelah di upload ke blog anda, segalanya tidak kena. Jadi, download sebanyak mana template yang and telah pilih kemudian cuba upload satu persatu ke blog anda. Lihat yang betul-betul sesuai dengan blog anda kerana adakalanya sesebuah template tidak memenuhi justifikasi blog anda. Setelah upload template baru, cuba klik mana-mana saja link dalam blog anda dan optimiskan template blog anda. Ini untuk memastikan tidak ada sebarang "error" dalam template blog anda.
Jadi, saya harap tips ini dapat membantu anda walaupun sedikit.

Comments
Post a Comment