Top Chat Box Untuk Blog

Fungsi chatbox untuk sesebuah blog atau website adalah bertujuan untuk interaksi di antara pelawat dan pemilik blog/website. Ia menjadikan site itu lebih menarik dan "hidup". Di bawah adalah antara chatbox yang sesuai digunakan dalam blog anda. Kalau anda tahu mana-mana penyedia chatbox yang lain, sila komen di bawah....

Meebo adalah antara yang paling dikenali. Platform ini amat menarik, ringkas dan menyediakan status, edit nickname dan juga kawalan bunyi pada chatbox.





CBox mendahului mana-mana penyedia perkhidmatan chatbox dan hampir sama kepada fungsi shoutmix. Mudah dan ringkas.










Shoutmix adalah antara chatbox yang paling banyak digunakan di dalam blog mahupun website.Antara ciri-ciri menarik ialah pilihan warna, smiley yang boleh diupload sendiri(10 smiley untuk "free user") dan mudah untuk dikendalikan.






Yaplet juga amat dikenali. Dengan rekaan yang ringkas dan mudah digunakan, ia kini popular di kalangan blogger dan pemilik-pemilik website.




Gabbly menyediakan RSS dan fungsi audio. Selain itu juga ia kemas dan tersedia dengan pelbagai fungsi lain. Tidak sesuai bagi anda yang inginkan chatbox biasa dan asas.




Chatango lebih sesuai untuk blog yang berkonsepkan "personal". Mudah, ringkas tetapi masih menyediakan ciri-ciri yang menarik.




ZohoChat antara yang terbaik . Terlalu mudah untuk digunakan dan kemas. Sesuai untuk blog yang ingin kelihatan profeisional.




ParaChat agak menarik juga dan mudah untuk digunakan. Tetapi, rekabentuknya agak ketinggalan dan terlalu banyak "ads" agak mencacatkan "persembahan" chatbox ini.



Comments

Popular Posts