Aku Mula Merapu
Jam 4.40am. Aku tak boleh tidur. So, aku nak membebel dan merapu je kali ni. Pertama kali aku post something yang tak berkaitan dengan tutorial. Isi post aku kali ini tentang sikap "berterima kasih".
Sejak aku mula buat blog ini niat aku hanya satu. Nak kongsi apa yang aku tau dengan yang lain. Tak pernah timbul niat nak dapat duit daripada iklan atau nak rank dalam search engine. Sampai sekarang pun aku buka site nuffnang tu hanya untuk update widget nuffnang atau nak dapatkan kod untuk ads. Aku letak ads ni pun aku tak tau untuk apa. Sebab tujuan aku bukan duit. Klik ke tak, aku tak kisah.
Lupakan soal ads tu la. Point aku untuk post ini "Ucapan Terima Kasih". Walaupun blog aku ni tak lah ramai pembaca atau pelawat, tapi aku tahu masih ada setiap hari yang membaca blog aku ni. Aku gembira bila ada yang sudi menjenguk blog aku. Cuma aku sedikit terkilan, jarang benar aku dapat komen di post-post dengan ucapan Terima Kasih. Taip "Terima Kasih" atau "TQ" pun susah bagi yang membaca. Bagi yang komen, aku pun berterima kasih dengan korang semua. Kerana korang, aku masih ada semangat nak cari tips atau buat post yang baru.
Tak kisah kalau tak nak follow blog aku, tapi sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pun memadai bagi aku. Blog aku ni bukan blog personal tapi blog "ilmiah". Yang baca dan adaptasikannya, susah ke nak ucapkan terima kasih? Aku tau blog macam blog aku ni banyak. Bersepah. Tapi bila dah baca dan dah gunakan, salah ke post aku tu dapat ucapan "Terima Kasih" dari korang? Takkan la sampai aku nak:-
baru dapat ucapan "Terima Kasih"?
Apa pun, maafkan aku kalau kata-kata aku ni salah dan menyinggung. Terima kasih pada yang membaca dan menghargai hasil blog aku. Pada yang tidak, pun terima kasih kerana sudi menyinggah di blog aku... Sekali lagi, maafkan aku. Aku hanya manusia biasa :D.

Comments
Post a Comment