Blogwalking: Undangan Ziarah atau Spam?


Gambar di atas tu aku ambik screenshot kt GB(GengBlogger) untuk aktiviti terkini. Aku malas nak terangkan apa citer pasal gambar tu. Korang tengok, korang faham la sendiri.

Yang aku nak mencarut di sini, tentang style blogwalking sesetengah blogger. Singgah di shoutbox blog orang lain dan tinggalkan jejak. Bagus amalan blogwalking tu. Memang patut.

Pernah dapat ucapan kat shout box yang ala-ala di bawah?
"Cantiknya blog awak... jom follow saya?"

"Isi blog ni menarik. Saya follow, follow saya balik ye?"

"Bagus blog ni, banyak info".

Bagi blogger yang baru, memang seronok sebab fikir blog dapat pujian. Tapi bila dia pula blogwalking ke blog lain, dia ternampak ucapan yang sama di shoutbox dan dari orang yang sama. Apa perasaannya?

Pernah aku blogwalking ke satu blog. Ada satu ucapan di shoubox,"nice blog.. banyak info dalam blog ni".... Aku dok belek satu2 post kat blog tu. Tak ada pun sebarang info. Yang ada cite pasal gaduh dengan pakwe, rindu pakwe. Tu je. Tak tau la kalau itu dikatakan info. Dan satu lagi, pernah gak blog aku dapat ucapan, "cantik la blog ni... saya suka warna-warninya". Jadahnya aih cantik warna-warni sedangkan blog aku tak pernah ada warna-warni . Dan kebetulan masa dapat ucapan tu, blog aku memang warna hitam. Melucukan.

Ada pulak yang tinggalkan ucapan,"follow blog saya ye..nantu saya follow awak balik". What the heck... For what? Dengan harapan orang akan follow blog tu, then baru nak follow balik? Ikut korang la ye. Mana yang sedapkan hati korang.

Tak salah memuji blog yang dilawati. Tapi biarlah dari hati yang ikhlas. Ini kata isi blog tu menarik, tapi sepatah ayat pun tak baca. Bagi blogger yang dah lama, memang dah tak pelik benda macam ni. Tapi bagi blogger yang baru nak belajar blog, kesian la kat mereka. Berbunga-bunga hati bila dapat pujian blog kat shoutbox. Rupanya dapat tahu, ucapan dari orang tu sama je dengan yang ada kat blog orang lain oleh blogger yang sama.

Memadailah tinggalkan jejak macam,"Salam ziarah", "blogwalking petang2", "up traffic", "nuff zzzz" atau macam yang terbaru ni si TubeLawak yang memang begitu rajin blogwalking(kat shoutbox aku penuh dgn id TubeLawak). Cara macam ni memang aku tak kisah sebab memang dia ngaku pun tak baca post kat blog aku. Hahaha.. Saja nak naikkan traffic dan bagitau aku yang dia ada post baru. Aku lebih suka cara TubeLawak ni. Daripada yang datang bagi ucapan pujian tapi rupanya sama dengan yang ada di blog lain. Terus terang, memang aku takkan follow blog yang macam ni. Sekali dua boleh la tahan. Bila dah banyak kali, jelek. Adakah ini Spammer? Ntah la.

Sama la macam yang ada kat GB sekarang ni. Duk copy kata aluan then paste kat setiap proile. Untuk apa? Nak dapat status Blogger Friendly? What the heck... Adeh, korang ni macam-macam la. Bila tengok kat list Aktiviti Terkini macam gambar di atas tu, tak ke menjelekkan? Orang yang sama, ucapan yang sama, style yang sama dan berturut-turut. So annoying. Mungkin ini bukan Spammer. Tapi style yang sama. Huhuhuhu.

Apa pun, ini pendapat peribadi aku je. Aku tak kisah. Korang nak spam ke, nak link iklan ke kat shoutbox aku, aku tak kisah. Ada rezeki korang, ada la orang klik.

Yang penting, ikhlas la bila buat sesuatu tu. Hehehehe. Bukan marah.. Saja merapu petang hari ni.. Salah, kata, harap maaf.

Adios...

Comments

  1. Unconventional cards ɑгe created ԝith all tthe leading aim tо have interaction tҺe consumer in satisfying, jսst yet
    addicting game play instantly ԝithout a intricatge manage
    technique аs ԝell aѕ lengthy mastering contour.
    Ӏf I acquired rеally imagination fоr design and style is anxious, I'n function as the a single
    reating this template. Αll tҺose 5 game titkes consist օf spider solitaire, freecell spider solitaire solitaire, pyramid
    spider solitaire solitaire, ɑlօng wіtҺ Klondike spider
    soolitaire solitaire աhich can be maybе the renowned ɑs well as played
    оut.

    mʏ site: solitaire download

    ReplyDelete
  2. It was not till five years later, however, that Thin Lizzy had global success.
    There is no warranty with this data. Begin from Step 1 again in the event that
    you wind up obtaining the red-light.

    My web site best ipad apps - aty.se -

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts