Selamatkan Isi Post Blog!!!

Dek kerana tak tau nak post apa dan kebuntuan akal, aku pun merajinkan la diri untuk menukar template blog ni. Jenuh gak nak memilih template yang ada. FYI, aku ni memang la malas nak edit template, nak tukar-tukar background pada template walau pun aku tau nak buat. Sebab aku tak terlalu obses pada wajah template. Aku lebih prefer pada layout.

Sebelum ni, aku gunakan template RedHat Dashboard. Best template tersebut. Kemas tapi stylish dan nampak profesional. Aku je yang godeh-godeh jadi huru-hara. Hehehe. So, sekarang aku gunakan pula template baru. Template ni namanya GAMMA RAY. Dibuat oleh be-insight. Be-insight sememangnya menyediakan template yang berkualiti tinggi seperti The Antagonist.

Ok2. Lari tajuk jap. Sebenarnya aku nak share tentang cara untuk "selamatkan" isi blog korang.

Sebelum ini, aku ada bagi tutorial tentang disable right click, disable copy image dan sebagainya, kali ini aku akan share tentang disable highlight. Apa fungsinya? Disable highlight akan membolehkan isi atau ayat-ayat di dalam sebuah post "terselamat" daripada dicopy. Ini kerana, jika kita hanya mempunyai disable right click, ayat-ayat di dalam post masih boleh dan dicopy dengan menekan butang "Ctrl+C" pada keyboard. Jadi, kaedah kali ini akan menidakkan cara tersebut. Bagaimana untuk mengaplikasikannya? Mudah.

1) Pergi ke Dashboard >> Layout >> Page Elements dan klik pada "Add A Gadget".
Pilih HTML/Javascript dan korang masukkan kod di bawah:-
<script type="text/javascript">

//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]

omitformtags=omitformtags.join("|")

function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}

function reEnable(){
return true
}

if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}

</script>
2) Klik save dan lihat hasilnya. Itu saja.

Comments

Post a Comment

Popular Posts