Domain Percuma Untuk Blogger
Jika anda ingin mengubah nama domain anda sekarang contohnya seperti blog saya, Soul Of Tyco, saya akan terangkan caranya. Blog saya, Soul Of Tyco pada awalnya menggunakan domain http://souloftyco.blogspot.com. Tetapi saya telah mengubahnya kepada http://www.souloftyco.co.cc.
Pertama sekali anda perlu mempunyai domain anda sendiri. Anda boleh dapatkan domain anda sendiri di CO.CC-Free Domain Name and Free DNS Service. Anda perlu mendaftar dan anda boleh "create" domain yang anda suka.
Setelah anda selesai mendaftar nama domain anda, anda akan memiliki satu akaun untuk nama domain anda. Kemudian pergi ke Domain Settings dan klik pada nama domain anda dan pilih Set Up.
Pilih option nombor 2 iaitu Zone Records. Isikan ruang dengan value seperti gambar di bawah termasuk WWW pada nama domain anda dan kemudian klik Set Up.
** = ghs.google.com
Kemudian tambah 3 lagi Zone Record. Kenapa? Ini untuk memastikan nama domain anda boleh diakses DENGAN atau TANPA menggunakan WWW di awal domain anda. Jadi, jika domain anda ditaip domainanda.co.cc atau www.domainanda.co.cc, ia akan "diarah" ke www.domainanda.co.cc.
Bagaimana caranya? Kali ini, dengan langkah yang sama seperti di atas. Perbezaannya hanyalah pada Type dan Value. Untuk Type, jika di atas kita menggunakan CNAME tetapi kali ini kita menggunakan Type A. Dan juga, kita tidak akan menggunakan WWW untuk diisi pada ruang Your Domain. Hanya masukkan domainanda.co.cc. Isikan pada ruang Value dengan value di bawah dan klik Set Up . Ada 3 value di bawah, bermakna anda perlu mengulangi langkah ini sebanyak 3 kali.:-
1. 64.233.179.121
2. 66.249.81.121
3. 72.14.207.121
Di akhirnya, anda akan memiliki 4 Zone Record. 3 untuk Type A dan 1 untuk Type CNAME seperti gambar dibawah:-
Selepas selesai, pergi ke Blogger Dashboard >> Settings >> Publishing dan klik pada Custom Domain. Kemudian klik pada Switch To Advanced Settings. Isi di ruang Your Domain dengan nama domain anda tadi termasuk WWW. Masukkan Word Verification dan kemudian klik Save Settings.
Selepas itu option baru akan dibuka di bawah nama domain anda. Sila pastikan check box di tanda. Isikan Word Verification dan klik Save Settings. Selesai!
Comments
Post a Comment