Radio Internet Online



Ada di antara blog yang mempunyai "FM Live Radio Internet Streaming Online". Jika anda berminat untuk meletakkannya di blog anda, begini caranya.
  • Pergi ke Blogger Dashboard >> Layout >> Page Element >> Add A Gadget >> HTML/Javacript.
  • Masukkan 'player code' di bawah ke dalam HTML/Javascript. Nama bagi HTML/Javascript adalah mengikut keperluan anda.
<embed pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/MediaPlayer/" loop="0" autostart="true" showstatusbar="1" type="application/x-mplayer2" height="70" src="http://funkerfm.my:8080/" controller="true" transparentstart="1" width="169" enablecontextmenu="false" name="mediaplayer1"></embed>
Seterusnya anda klik 'save'.

*NOTA* Untuk tag berwarna biru, itu adalah saiz 'player' radio anda. Di sini saya menggunakan "169" untuk kelebaran dan "70" untuk ketinggian. Anda boleh ubah saiz itu mengikut keperluan anda atau mengikut saiz kolum blog tempat di mana anda ingin letakkan 'player' anda. Jika anda tidak ingin pamerkan 'player' anda (invisible) di blog anda, gantikan saiz tersebut dengan nilai "0". Jadi, pengunjung blog anda hanya akan mendengar radio tanpa melihat 'player' anda. Terpulang kepada anda. Satu perkara lagi, jika sudah ditukar kepada 'invisible', tidak perlu anda meletakkan nama untuk HTML/Javascript itu tadi. Pelik pula nanti jadinya.

Untuk tag berwarna merah, itu adalah "URL Server Location" untuk radio yang anda pilih. Di sini, saya menggunakan "http://funkerfm.my:8080/", iaitu "URL Server Location" untuk radio kegemaran saya: Funker FM - Dunia Hiburan Tanpa Sempadan (most recommended to all bloggers especially from Malaysia...hehehe..p/s: Harap saya dapat "hadiah" daripada Funker FM untuk promosi kecil ini). Anda inginkan radio lain? Saya senaraikan "URL Server Location" untuk radio-radio lain. Gantikan "URL Server Location" di atas dengan salah satu yang tersenarai di bawah:-

**Radio FM Malaysia**
  • FUNKER FM - http://funkerfm.us:8000 atau http://funkerfm.my:8080
  • Hitz FM - mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_HITZ
  • THR Gegar - mms://rs5.radiostreamer.com/amp_thrg
  • Sinar FM - mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_SINAR
  • ERA FM - mms://rs5.radiostreamer.com/amp_era
  • Hot FM - http://rs9.radiostreamer.com:10000
  • Fly FM - http://rs9.radiostreamer.com:11000
  • THN FM - http://live.thnfm.net:8080/
  • Suria FM - mms://kl.cdn.tm.net.my/suriafm
Itu antara radio-radio yang saya rasa popular dikalangan pendengar di Malaysia. Jika anda tahu tentang radio-radio yang lain, anda boleh gunakan seperti cara yang telah saya jelaskan di atas. Anda juga boleh berkongsi dengan saya dan pembaca blog yang lain. Atau jika anda ada permintaan untuk radio yang lain, sila kemukakan di ruangan komen di bawah. Selamat mencuba.

Klik Untuk DEMO





Comments

  1. en. tyco.. radio ni ley beratkan kita punya blog x?

    ReplyDelete
  2. Banyak sebab yg bolehkan blog kita jadi berat. Radio ini juga antaranya selain dpd terlalu byk widget, Javascript, gambar dan sebagainya....
    Kelajuan untuk upload sesebuah blog bergantung kepada kelajuan internet. Untuk pengiraan blog anda sama ada berat atau tidak, pergi ke SINI

    ReplyDelete
  3. Mr. Tyco, ini saya berbagi URL untuk radio online. Bapakku FM : http://radio.bapakku.fm:8000 . DJ Abg Isma Halil Hamzah yang pernah bertugas di THR.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts