Tukar Template Tanpa Hilang Widget

Ini satu tips yang penting bagi "newbie" yang mula nak ada blog. Bagi yang dah "otai", mungkin tips ini sudah biasa diketahui. Seringkali bila kita menukar template, akan ada "warning" yang akan keluar seperti ini: " Widgets are about to be deleted". Masalahnya, kita masih ingin gunakan widget tersebut. Cara yang sukar, kita pergi ke Page Elements dan kita klik edit untuk semua yang ada di Page Elements. Dan copy semua kod yang ada dan simpan di dalam notepad. Sukar dan melecehkan.
Saya akan terangkan cara yang mudah. Mula-mula kita log in di Blogger Dashboard >> Layout dan kemudian klik "Edit HTML". Selalu yang saya ingatkan, backup template anda terlebih dahulu. Jadi, klik "Download Full Templates" dan simpan di dalam hard disk anda.

(Klik Gambar)

Ini langkah penting "juz in case" kalau anda melakukan kesilapan semasa memodifikasi template anda. Anda boleh gunakan semula template anda tadi.

Seterusnya, kita mulakan langkah untuk simpan widget-widget anda. Ini langkah PENTING dan pastikan anda ikut dengan tepat. Jangan panik, tidak lah terlalu sukar.

Pastikan anda masih di muka "Edit HTML". Anda akan copy semua kod widget anda ke notepad, atau mana-mana "text editor" yang anda ada.

Kebiasaannya kod untuk widget akan bermula dengan <b:widget. Cari di dalam HTML template anda dengan tag tersebut. Untuk widget dengan id "Header", "Blog1" tidak perlulah anda copy kerana setiap template akan ada widget tersebut. Di bawah adalah contoh kod widget yang ada dalam blog saya.



Anda copy semua kod seperti di atas (bergantung kepada widget yang ada dalam template anda) dan simpan di dalam hard disk anda. Proses 'backup' widget telah selesai.

Sekarang langkah untuk upload template baru.

Pastikan anda masih di muka "Edit HTML". Klik "Browse" dan pilih template yang anda ingin gunakan dan kemudian klik "Upload".



Kemudian akan keluar amaran "Widgets are about to be deleted". Klik "Cancel".



Scroll ke bawah dan cari kod yang bermula seperti <b:section...dan berakhir dengan </b:section>. Contoh:-

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>
</b:section>

Copy dan Paste kod widget yang ada simpan di langkah awal tadi di antara tag di atas contohnya:-

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>
<b:widget id='HTML7' locked='false' title='' type='HTML'/>
<b:widget id='HTML6' locked='false' title='' type='HTML'/>
<b:widget id='Followers1' locked='false' title='ARE YOU TYCO?' type='Followers'/>
<b:widget id='HTML3' locked='false' title='TOP 10 VISITORS' type='HTML'/>
<b:widget id='HTML9' locked='false' title='UPDATES' type='HTML'/>
<b:widget id='HTML2' locked='false' title='NEW COMMENTS' type='HTML'/>
<b:widget id='HTML10' locked='false' title='' type='HTML'/>
<b:widget id='HTML4' locked='false' title='TYCO STATS' type='HTML'/>
</b:section>

Jika anda sudah pasti semua kod widget anda telah dipindahkan seperti di atas, klik "Save Templates". Selesai dan jika anda tidak melakukan sebarang kesilapan, semua widget anda dari template lama akan ada di template yang baru.

Comments

Popular Posts