Firefox: 10 Add-On Yang Perlu Untuk Seorang Blogger
Salam kembali. Lama rasanya aku tak update blog ini. Minta maaf sangat-sangat sebab aku terlalu sibuk dan ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan. Rasanya sekarang sudah kurang sedikit sibuknya. Sibuk juga cari sumber dan bahan untuk blog aku satu lagi. Don't Rate My Blog. Sila lawat blog baru aku tu. Kalau ada apa-apa yag anda nak share, boleh email pada aku.
Ok. Hari ini aku nak bagi tips bagi mereka yang betul-betul berminat dengan dunia blog. Tips mengenai Mozilla Firefox. Aku menggunakan Mozilla Firefox sebagai web browser bila setiap kali aku surfing internet. Pilihan kedua, aku menggunakan Flock. Dua web browser ini aku selalu gunakan. Kali terakhir aku gunakan Internet Explorer....................entah. Aku pun dah tak ingat.
Kenapa aku memilih Mozilla Firefox? Banyak sebab dan antaranya kerana kelebihannya iaitu "Add-On". Apa itu Add-On? Add-On adalah penambahan plug-in baru ke dalam browser. Selain daripada plug-in, ada juga themes untuk browser, extensions dan sebagainya. Ada di antara add-on ini lebih baik dan lebih bagus daripada program yang mempunyai interface nya sendiri. Dan lebih menarik, semua add-on ini menjimatkan hard-disk space anda dan ianya adalah percuma!.
Sebagai blogger, ada add-on yang sesuai untuk kita gunakan dalam Mozilla Firefox. Di bawah senarai 10 add-on yang perlu anda ada dan boleh anda gunakan untuk blog.
1. >ScribeFire : ScribeFire adalah satu tool yang berfungi untuk edit blog anda. Ya! Edit blog anda. Gunakan add-on ini untuk blog anda tanpa perlu log in ke Dashboard Blogger yang membosankan itu (sememangnya Dashboard Blogger sungguh membosankan dan memualkan). Tetapi ini hanya untuk post bukan edit template dan sebagainya.
2. Apture : Bagi blogger yang suka gambar atau video, gunakan add-on ini. Anda boleh cari gambar atau video dan dengan satu klik, anda boleh memasukkan gambar atau video ke dalam post anda. Mudah dan pantas!
3. Zemanta : Di dalam masa anda menaip perkataan, Zemanta akan menunjukkan satu "window" kecil untuk sebarang info seperti link, gambar, artikel yang berkaitan dengan perkataan yang sedang anda taip. Klik pada yang anda minat dan ia akan tersedia di dalam post anda.
4. Copy Plain Text : Adakalanya kita ingin copy teks daripada web atau blog lain tetapi kita tidak mahu copy format teks tersebut. Add-on ini akan membuangkan semua format teks dan hanya copy teks dalam format biasa.
5. KGen : KGen akan mencari keyword yang kuat untuk sesebuah web yang anda lawati. Ini dapat membantu mengenal pasti keyword utama untuk post anda dan ini akan menjadikan post mempunyai ranking yang lebih baik di dalam enjin carian. Pendek kata, tentang SEO.
6. Write Area : Add-on ini berfungsi sebagai editor untuk semua textarea (yang mana bila HTML dibenarkan). Satu toolbar akan keluar bila anda ingin menggunakannya yang mana anda boleh menaip perkataan dan edit perkataan tersebut seperti bold, italic, add link tanpa anda perlu risau akan syntax HTML.
7. Similar Web : Anda telah tahu web yang mengandungi info yang anda inginkan. Tetapi anda ingin mencari lagi web yang berkaitan dengan info itu, add-on ini akan membantu anda mencari web lain yang berkaitan dengan web info anda sedia ada.
8. SenSEO : Add-on ini pula menyenaraikan kriteria-kriteria penting SEO untuk web dan akan menilai grad web anda mengikut kriteria-kriteria yang tersedia.
9. Shareholic : Bagi yang suka berkongsi sebarang post ke social networks seperti Facebook, Myspace, Digg dan sebagainya, add-on ini amat sesuai. Ia menyediakan lebih daripada 100 link untuk anda kongsi post yang anda minati ke social networks yang anda ingini.
10.Firebug : Ini add-on yang paling aku gemari. Bagi anda yang suka edit HTML, Javascript, add-on ini paling sesuai. Berguna untuk anda edit template blog anda. Ia akan memeriksa setiap elemen blog anda, mencari kesilapan HTML, Javascript atau lain-lain script.
Jadi, itu antara add-on yang aku rasa perlu ada untuk seorang blogger. Kalau anda ada lain-lain add-on yang rasa sesuai dan lebih baik, boleh share kat sini. OK la, dah jam 3.15 pg. Aku nak tido.
Terima kasih kepada ssemua followers, pelawat, dan pembaca blog aku. Night.. adios..
Comments
Post a Comment