Tool: Alamoon Watermark Freeware Lite Version


Untuk mereka yang gemar memasukkan gambar-gambar yang boleh dikira "hakcipta" sendiri di dalam blog, kali ini aku bagi satu tool yang aku rasa amat berguna. Tool ini namanya Alamoon Watermark(AMW). Tetapi ini hanya freeware lite version(percuma). Ia berfungsi "membuatkan" watermark pada gambar anda untuk "membuktikan" yang gambar itu adalah hak milik blog anda. Maka hasil kerja blog anda akan lebih nampak profeisional(betul ke eja macam tu?). Jom kita lihat bagaimana ia berfungsi.

1. Mula-mula, kita buka AMW dan akan keluar interface seperti di bawah:-


- Klik "Add Image" untuk anda pilih gambar yang anda mahukan. (Jika software ini adalah Pro Version, anda boleh generate watermark untuk banyak gambar sekaligus dalam satu masa). Kemudian klik next.

2. Format watermark mengikut citarasa anda.


- Anda boleh ubahsuai watermark anda di sebelah kanan interface.
* Watermark Text: Perkataan watermark anda. Contohnya, TycoBlogger@copyright 2010.
* Positon: Kedudukan watermark anda.
* Warermark Opacity: Kejelasan atau kekaburan watermark anda.
- Kemudian klik next.

3. Format gambar anda.


- Format gambar anda;
* Destination Folder: Folder di mana anda akan simpan gambar selepas selesai.
* File Format: Anda boleh format gambar anda contohnya dari GIF ke JPG.
* Resize Image: Ubah saiz gambar anda jika anda mahu.

4. Mulakan proses "generate" watermark anda.


- Selepas anda "generate" watermark, akan keluar notis untu Pro Version. Dan kemudian akan keluar notis seperti di dalam gambar di atas. Klik "Yes" untuk anda lihat hasil watermark di dalam folder yang anda pilih tadi. Selesai!
Hasilnya? Seperti di bawah:-


So, jika anda berminat dengan tool ini, anda boleh download.


Selamat mencuba!

Comments

Popular Posts