Blog Sampah? Plagiat Itu Habit Blogger?
Kenapa ya aku terpanggil untuk memberikan pandangan tentang isu ini? Rasanya ramai di kalangan blogger tahu tentang hal ini. Yang kecoh baru-baru ni. Terutamanya blogger yang menjadi ahli GengBlogger.com.
Plagiat bukan isu baru. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ianya sudah menjadi habit sebahagian blogger."Kekocohan" yang baru-baru ini memang agak gempak. Meniru hasil kerja orang lain hampir 100% tetapi tidak memberikan sebarang kredit kepada pemilik asal. Terus terang aku katakan, blog aku ini banyak yang aku dapat trick atau tutorial daripada blog tutorial yang lain. Jika blog tutorial tempatan, aku berpandukan kepada Nescafe Ais.
Tetapi, aku tidak meniru atau atau copy dari blog beliau. Aku lihat blog beliau dan aku cuba cari kelainan untuk tutorial atau tricks. Apa la sangat blog aku ni nak dibandingkan dengan blog beliau. Ibarat langit dan bumi. Aku buat blog ini kerana aku "taksub" dengan coding dan minat aku terhadap CSS, javascript, HTML dan sebagainya. Contohnya blog beliau berikan tutorial auto read more. Aku buat sesuatu yang lain. Aku buat pula auto read more dengan read more link with button image. Contoh ya. Jujurnya, aku memang kagum dengan blog beliau. Tetapi aku tidak meniru. Boleh bezakan blog ini dengan blog beliau. Jauh bezanya.
Aku juga suka berpandukan pada blog-blog tutorial dari luar negara seperti Indonesia, India, Mesir, Sri Lanka kerana kebanyakan blogger dari negara-negara ini memang pandai dalam bidang coding. Aku cuba lihat pada javascript mereka dan aku gabungkan dengan beberapa javascript yang lain.
Tentang isu terbaru ni, memang kesilapan besar bagi si peniru. Anda copy bulat-bulat dan anda tukar nama kepada nama anda dan kemudiannya anda mengakui itu adalah hasil anda? A big mistake. Dan satu tindakan bodoh. Langung tidak ada kredit untuk yang tuan asal? Bertambah bodoh tindakan itu. Come on, ini dunia cyber. Kalau dari mana kita datang pun orang boleh tahu, inikan pula copy hasil orang yang telah dibaca beribu orang. Malaysia bai.. ini Malaysia. Tak besar mana pun. Orang boleh tahu hasil kerja cyber ni.
So, memang patut tuan punya asal tu marah. Itu hak dia. Anda rampas, curi, culik, tiru (dan perkataan sewaktu dengannya) hasil dia, memang la dia marah. (Kalau aku tak marah. Aku cuma geram bila orang dah ikut tutorial aku, menjadi pulak hasilnya kat blog diaorang, tak tau nak ucap terima kasih...Hehehehe. Apa pun, aku "restui" apa yang korang dapat dari blog ini).
Tindakan meminta maaf tu aku rasa baik. Tetapi biarlah ikhlas. Jangan la minta maaf, buat tajuk post macam nak gaduh. Lagi la bertambah marah tuan punya hasil. Nak minta maaf, biarlah ikhlas. Tunjukkan keikhlasan dengan jujur. Apa pun, bagi aku, "what you give, you get back because you ask for it". Ha, kan dah speaking aku ni. Wish aku untuk yang berkenan, good luck.
Bila aku lawat pulak blog tuan punya hasil, memang dia betul-betul marah. Aku faham perasaan dia. Sapa tak marah kalau hasil pencarian yang penat diusahakan tiba-tiba diambil orang tanpa izin. Memang patut dia marah. Dia ada hak nak marah macam mana sekali pun. Tetapi, aku ada rasa kurang "berkenan" kerana ada satu ayat yang kurang "enak" untuk dibaca. Aku dah cuba untuk baca dalam nada yang "enak", tetapi tidak juga datang rasa "enak"nya. Ayat berkenaan adalah "Kesimpulan kepada pereka blog sampah tersebut, anda dan keturunan anda sememangnya sampah.
Come on man.Yang salah orang lain, kenapa babitkan keturunan? Kalau dianya yang copy dan curi hasil anda, takkan keturunan dia pun pencuri? Kalau kita kaki mencarut dan kaki maki orang, adakah keturunan kita gak kaki maki dan kaki carut? Tak salah marah apatah lagi bila kita tahu, apa yang kita akan buat akan mendapat sokongan kerana ramai yang menyukai kita. Dan tidak bertambah salah lagi bila kita marah, ramai yang jadi batu api. Tetapi janganlah babitkan keturunan. Yang salah orang yang tiru tu je. Bukan keturunan dia.
Jangan emosi menguasai diri, sampai rasional terus diketepi. Bila kita makin marah, makin ketara apa yang "sumbang" dalam diri kita. Anda dah lama dalam dunia cyber dan boleh dikatakan idola ramai orang. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan anda adalah role model dalam bidang ini. In fact, aku juga kagum dengan hasil anda dan aku berimpian untuk mendapat tempat seperti anda. Jadi, hargai apa yang ada. Jangan pergadaikan hanya kerana emosi. Anda dah lama, patutnya anda lebih matang dalam isu ini. Maaf, ini hanya pandangan aku seorang blogger biasa yang tidak sebesar mana namanya.
Apa pun, harap selesaikan cara baik. Masing-masing ada fikiran waras, berfikirlah dengan bijak. Sekali lagi, ini hanya pendapat peribadi aku. Dan secara jujurnya, aku berpegang teguh pada apa yang aku nukilkan di sini. Maaf jika ada menyinggung rasa. Bukan masuk campur, tetapi hanya rasa hati terpanggil untuk menegur.
Maafkan aku jika ada kata-lata yang kasar. Salam kasih sesama blogger. Adios.
p/s: Aku menggunakan Tynt dan boleh tahu siapa yang copy dari blog ini. Berapa copy sehari dan apa yang dicopy. Bukan aku nak trace siapa yang tiru, tetapi untuk tahu perkembangan blog aku yang tak seberapa ni. Hanya nak tahu jumlah yang gunakan tutorial di blog aku ni. Kenapa ye subscribers kat blog ni lebih ramai dari followers? Confused...
Comments
Post a Comment