I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair



PERHATIAN!!!


Gatsby Deodorant Street Fair

Tarikh: 17 April 2010
Tempat: Ruang Legar Berjaya TimeSquare KL
Masa : 10 pagi hingga 5 petang

Ha, apa tu? Info di atas adalah mengenai program yang dianjurkan oleh Gatsby. Program ini dinamakan Gatsby Deodorant Street Fair. Program yang dianjurkan bersama dengan Nuffnang ini dijangka akan menghimpunkan seramai lebih 500 orang blogger termasuk yang terpilih di dalam Projek 400.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan seperti membaling getah(paling mudah kot?) hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. (Gatsby, ada tak aktiviti menangkap duit dalam bilik udara?)Selain itu juga, ada pelbagai jenis gerai mainan akan didirikan pada hari tersebut. Yang menyeronokkan, peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut, akan diberikan mata ganjaran dan mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus dengan produk-produk Gatsby.

Nanti dulu! Ada lagi yang menarik, lebih menarik. Cabutan bertuah. Hehehe. Aku paling suka cabutan bertuah ni. Nak tau apa antara hadiah-hadiahnya? Barangan elektronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
Menarik kan?

So, bagi sesiapa yang belum pernah atau kurang pasti untuk ke Berjaya TimeSquare Kl, di bawah ini adalah petanya:


Anda boleh menaiki KL MONORAIL atau RAPID KL untuk ke sana.

Sebarang info lanjut, anda boleh layari www.gatsby.com.my/streetfair.

So, kita jumpa di sana ye. Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Tak sabar nak jumpa para blogger semua. Adios.
p/s: Harap-harap ada la booth untuk FIFA. Maklum la, FIFA World Cup pun dah dekat ni. Hehehe. Ada apa-apa cadangan tak untuk aktiviti pada hari tu?



 
Webmaster: AirielKayz.com