Read More: Pertikaian dan Kelebihannya


Ada beberapa blog yang aku lawat dan baca, mempertikaikan perlunya fungsi "Read More". Bagi aku, secara peribadi, blog yang tidak mempunyai fungi "Read More" adalah blog yang tipikal dan tidak mementingkan "perasaan" pembaca.

Ada blog yang mempertikaikan fungi ini mengatakan:-
1) Fungsi "Read More" melecehkan kerana pembaca perlu klik untuk baca isi penuh post.
- OK, point ini kukuh juga.

2) Lebih mudah jika isi penuh post terpampang di muka depan blog supaya pembaca boleh baca semua isi tanpa perlu pergi ke muka lain.
- OK, point ini juga aku boleh terima.

3) Pembaca malas nak klik seterusnya kerana memadai melihat ringkasan post.
- Yang ini, aku no komen.

Ok. Itu antara sebab yang mereka bagi kenapa "Read More" tidak bagus untuk blog. Ini pula bidasan aku.
1) Fungsi "Read More" melecehkan kerana pembaca perlu klik untuk baca isi penuh post.
- Biarkan pembaca klik. Setiap klik yang pembaca buat, akan meningkatkan "pageviews" blog kita. So, blog kita akan mempunyai jumlah pageviews yang tinggi. Mudah kan rumusannya?

2) Lebih mudah jika isi penuh post terpampang di muka depan blog supaya pembaca boleh baca semua isi tanpa perlu pergi ke muka lain.
- Mudah? Betul jadi mudah? Berapa post yang perlu dipamerkan untuk setiap muka? 5? 7? Kalau begitu, maka blog kita akan jadi panjang 5 batu ke bawah. Pasti pembaca akan mudah nak scroll blog anda panjang ke bawah? "Tak apa. Blog saya ada button scroll back to top.. Saya tak kisah". Itu alasannya? So, saya pun kata kat awak, "Up to you la my dear"...

3) Pembaca malas nak klik seterusnya kerana memadai melihat ringkasan post.
- Pembaca tidak akan malas sekiranya ringkasan dan gambar pada post anda menarik. Yang pembaca malas kerana ringkasan awal tidak menarik, gambar tidak ada atau tidak best. Cuba post anda ada ringkasan menarik, gambar yang cantik dan sesuai dengan tajuk post, pasti pembaca akan klik untuk membaca seterusnya.

Ok. Aku terangkan kebaikan fungsi "Read More".
1) Menjimatkan "bandwith" dan masa kepada pelawat blog anda kerana muka utama blog yang mempunyai keseluruhan post dan panjang berjela mengambil masa yang lama untuk loading. Serupa juga, enjin carian akan load page blog kita dengan cepat.

2) Meningkatkan jumlah pageviews untuk blog kita setiap kali pembaca klik untuk baca seterusnya.

3) Blog anda akan kelihatan lebih kemas dan tidak berserabut panjang berjela macam rambut pontianak. SO, pembaca akan lebih tenang untuk membaca blog anda.

Apa pun, itu hanya pendapat peribadi aku. Tidak fokuskan pada mana-mana blog tetapi lebih kepada pukul rata. Bagi mereka yang mementingkan pembaca dan juga einjin carian, nasihat aku, gunakanlah fungsi "Read More". Dan seeloknya, gunakan fungsi "Read More" yang disediakan oleh Blogger.

Ada komen tentang pendapat aku, boleh nyatakan. Apa pun, aku tetap dengan pendapat aku bahawa fungi "Read More" MESTI ada pada sebuah blog.

Sekali lagi, ini hanya pendapat peribadi aku. Masing-masing punya blog. Ikut suka la nak buat apa. Maaf ada terkasar bahasa. Adios...

Comments

Popular Posts