Tools: Wibiya Toolbar Memudahkan Blog


Jika anda alert atau peka, ada satu bar di bawah blog ini. Berwana merah. Ia dipanggil Wibiya toolbar. Mungkin agak terlewat aku nak kongsi benda ni. Tapi apa pun, sharing is caring, right? So, aku nak share gak.

Toolbar Wibiya mempunyai banyak fungsi. Bukan tak ada toolbar lain seperti Meebo, tetapi aku lebih suka menggunakan Wibiya. Dengan Wibiya, ia mempunyai banyak fungsi seperti Post Terkini, Twitter Dashboard, Butang back to Top, Random Post dan pelbagai lagi. Malah ada juga tersedia data berapa yang online(Whos Amung Us), game, webpage chat dan macam-macam lagi.

Antara aplikasi yang ada untuk Wibiya toolbar


Selain itu, anda boleh sesuaikan warna toolbar dengan warna template blog anda. Ada pelbagai pilihan warna yang menarik.

Pilihan warna Wibiya toolbar


Kelebihannya: Semua aplikasi dihimpunkan di dalam satu script dan disimpan oleh database Wibiya. Blog tidak akan menjadi berat. Jika berat pun, adalah kerana loading data dari Wibiya, sama seperti loading data dari LinkWithIn.

So, klik SINI untuk dapatkan Wibiya toolbar. Anda perlu daftar dan setelah anda berpuas hati, anda boleh dapatkan kod javascript untuk toolbar anda.

**NOTA** Semasa anda ingin dapatkan kod javascript, klik pada platform "Others" (Boleh juga jika ingin klik pada Blogger untuk auto-installation). Copy kod javascript yang diberi.

Pergi ke Blogger Dashboard >> Layout >> Edit HTML HTML dan cari tag </body> (hampir di bawah sekali pada HTML template anda). Masukkan kod javascrit yang anda copy tadi SEBELUM tag </body>.
Klik save dan lihat hasilnya. Selamat mencuba!

Comments

Popular Posts